Subscribe:

Pages

6.12.09

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

17.10.09

SK (Felda) Palong 5

Tahun ini aku telah mengisi borang untuk berpindah. Aku teringin untuk kembali ke tempat kelahiran aku dan berkhidmat di sana.Bukan aku sudah bosan berada di Negeri Sembilan ini tetapi perasaan aku untuk kembali ke Kelantan dan berkhidmat di sana cukup kuat. Aku sebenarnya berasa sayang untuk meninggalkan SK(Felda)Palong 5. Di sinilah aku menimba pelbagai pengalaman berharga.

3.10.09

Hello Mr Saleh!

Teringat aku dengan dialog Cik Siti (ceti) dengan Ibrahim Din dalam filem Anak Bapak. Jatuh tergolek Saleh (Ibrahim Din) dari tangga, terkejut disergah oleh Cik Siti (ceti). Tapi aku bukan hendak ceritakan tentang Saleh itu tetapi En. Saleh Bin Ismail.

15.9.09

Hari Raya Sudah Dekat

Aku rasa sudah ramai yang berkira-kira untuk pergi beli-belah sekarang ini. Kalau dulu masjid dan surau penuh dengan jemaah tetapi sekarang, aku rasa masjid dan surau sudah semakin lengang, yang penuh sesak sekarang adalah pasar raya. Nak buat macam mana, masa sudah semakin suntuk. Kalau tidak keluar pada waktu malam, waktu lain sibuk dengan kerja. Hari Sabtu dan Ahad pula terlalu sesak dengan orang ramai.

4.8.09

Kenangan Di SK Felda Palong 14

SK Felda Palong 14, sebuah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Jempol. Sekolah ini di buka pada 4 Disember 1989. Pada awalnya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 14,15, dan 16. Adalah dalam 4 tahun menumpang di situ sehingga bangunan yang ada sekarang siap dibina pada tahun 1993.
              Pada awalnya kehidupan di sini agak susah sikit. Maklumlah, kawasan penempatan baru. Jalan pun tak berturap lagi. Dapatlah cikgu-cikgu yang menjadi tenaga pengajar yang awal di sekolah itu menghirup udara berdebu. Hehehe... Rumah guru pun pada awalnya tidak disediakan, hanya menumpang rumah kakitangan Felda. Kiranya aku ini adalah golongan yang bertuah, tidak merasai kesusahan yang dihadapi oleh guru-guru yang awal. Seingat aku, masa aku di situ adalah 4-5 orang guru lama yang menjadi pengasas sekolah itu masih kekal mengajar di situ, seperti cikgu Noor Hakim, cikgu Salina, cikgu Rujida, cikgu Rafeah dan beberapa orang lagi. Dari merekalah aku tahu serba sedikit sejarah awal sekolah dan suasana kawasan tersebut semasa baru-baru dibuka.
                Banyak kenangan aku di SK Felda Palong 14. Ada kenangan manis dan ada juga kenangan yang tidak berapa menyeronokkan.
Bersama-sama dengan aku melapor diri di SK Palong 14 ini adalah 4 orang guru lain. Selain Suhaimi, yang melapor diri pada hari tersebut ialah Jalila, Noriah dan seorang lagi yang aku lupa namanya kerana cepat benar dia pergi. (pindah.. ikut suami).  Jalila ni, aku dah kenal sebab dia satu maktab dengan aku. Noriah dan cikgu seorang lagi tu pulak dari Maktab Perguruan Kota Baru. Dengan Noriah pun tak lama jugak kenal. Adalah dalam setahun. Lepas itu dia pun ikut suami
                Guru-guru di sini mudah bekerjasama. Setiap aktiviti yang dijalankan akan melibatkan semua guru.  Tidak ada guru yang menolak untuk menjalankan tugas yang amanahkan. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Cuma aku tersenyum bila aku teringatkan sahabat aku Suhaimi, dia ditimbunkan dengan pelbagai tugas setiausaha semasa tahun pertama di situ. Pernah dia mengira-mengira depan aku, ada berbelas juga tugas setiausaha dia. Apa yang bagusnya dia ni, dia tetap menjalankan tanggungjawab dia dengan sempurna. Aku pulak, tidaklah sebanyak dia. Seingat aku, aku pernah memegang tugas sebagai penyelaras pusat sumber sekolah, bendahari PIBG, ketua penasihat persatuan, ketua panitia dan beberapa jawatan lagi. Semua itu tidak menjadi masalah pada aku. Aku cuba laksanakan sebaik yang mungkin.
                Masa aku mengajar di sana, tidak banyak kerenah ibu bapa yang mengganggu. Mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak kami untuk mendidik anak-anak mereka. Sememangnya begitulah harapan guru, pihak ibu bapa memberi kepercayaan kepada para guru untuk mendidik anak-anak mereka. Janganlah mencampuri urusan sekolah. Namun kerjasama ibu-bapa amat dialukan. Jika ada permasalahan, ibu-bapa dipersilakan ke sekolah untuk berbincang.
                Oklah, tiga minggu aku di SK Felda Palong 14, aku sudah menjelajah hampir 3/4 dari Negeri Sembilan. Ini kerja cikgu Hakim. Dia selalu mengajak aku keluar. Aku yang tidak ada apa hendak dibuat, ikut je. Terima kasih bang, jasa abang tidak aku lupakan. Terutamanya, jasa abang mengajar saya pandu kereta.
                Di sekolah ini juga ada seorang guru yang pandai bab-bab mistik. Aku panggil dia Abang Jid. Aku selalu juga berborak dengan dia bab-bab alam ghaib ni. Orang rumah dia aku panggil kak cik. Aku cukup suka minum nescafe yang kak cik buat. Secukup rasa.
               Adalah seorang ustaz, namanya Anuar. Bujang, duit banyak. Jadi dengan dialah aku sentiasa berhutang. Dia ni, pandai dalam bidang lukisan. Banyak mural kat sekolah tu, hasil tangan dia. Dia juga suka berkhemah. Aktiviti perkhemahan sekolah, dialah ketuanya.
              Banyak lagi kenangan aku di SK Felda Palong 14 ini. Ada yang aku malas nak cerita dan ada juga tak sedap untuk dicerita. Biarlah menjadi kenangan aku sahaja. Yang betul-betul menjadi kenangan, aku berkenalan dengan isteri tercinta, semasa aku berkhidmat di sini. Hasil kerjasama beberapa orang guru dari tiga buah sekolah, aku berkenalan dengan isteri aku. Hasil usaha mereka aku mendapat seorang isteri. Semasa aku berkhidmat di sini juga aku mendapat dua orang cahaya mata.
Dah la... penat.. aku sambung lain kali.

               

2.8.09

Melapor Diri

16 Februari 1998, aku melapor diri di SK Felda Palong 14. Pada hari itu bermula tugas aku sebagai guru. Aku memperkenalkan diri kepada guru-guru dan murid-murid semasa perhimpunan sekolah. Rasa menggelabah  juga aku berdiri di depan guru-guru dan ratusan murid.

Selepas perhimpunan, aku di bawa berjumpa dengan GPK 1. Pada hari tersebut Guru Besar tidak hadir ke sekolah. Aku diberi jadual waktu dan senarai tugas. Selepas taklimat ringkas oleh GPK1 aku berjumpa dengan guru-guru senior di situ. Maka aku berkenalanlah dengan guru-guru senior tersebut. Cikgu Hakim, Salina, Rujida, Rafeah, Rohaya, Zainab, Aisyah, Anuar, Saleh, Noridah, Sizilawati, Zanariah, dan beberapa orang lagi yang aku dah lupa namanya. Maaf, cikgu-cikgu yang saya terlupa namanya.

Dari hari itu, bermula tugas aku di SK Felda Palon 14. Pelbagai ragam dan rupa aku kenali. Aku seronok berada di situ. Hinggalah pada satu hari, di mana aku berasa sangat tidak diperlukan di SK Felda Palong 14. Di mana, aku menerima surat arahan bertukar dari PPD Jempol & Jelebu. 

Aku diarahkan bertukar ke SK Felda Palong 5. Maka tamatlah khidmat aku di SK Felda Palong 14 pada 16 Julai 2002.

29.7.09

Sahabat Di SK Felda Palong 14

Sahabat Serumah;

 Suhaimi, Tamrin dan Ahmad Fhadizal. Inilah sahabat serumah aku masa bujang dulu. Mereka inilah yang pertama aku kenal semasa aku posting.  Suhaimi merupakan sahabat aku yang sama-sama posting dengan aku. Tamrin dan Ahmad Fhadizal pula merupakan guru senior di situ.


Suhaimi...

Masa aku sampai untuk kali pertama di rumah guru tempat aku tinggal, aku lihat dia sedang bergayut di alang pintu, sedang buat senaman. Badan dia yang berpeluh membuatkan dia nampak berkilat. Hati aku berkata, dia ni aktif sukan agaknya. Maklumlah aku lihat badan dia boleh tahan, macam atlit bentuk badannya. Aku teka dia ni tentu hebat dalam sukan. Tapi bila dah lama berkawan, baru aku tahu. Hampeh, macam aku jugak! Takat boleh main je. Kalau ada pertandingan, ada pulak ramai pemain, kita orang ni posisi jaga beg la jawabnya. Heheehehe....

Suhaimi ni, merupakan sahabat serumah aku yang paling rapat. Aku anggap dia macam adik-beradik. Macam abang aku sendiri. Susah sama susah,  senang sendiri-sendiri.... hehehehe..... Takdelah, gurau je. Aku masih ingat lagi masa aku dan dia meredah hujan dengan motosikal untuk ke Bahau, nyaris-nyaris nak terlanggar bontot kereta hanya sekadar untuk mengeluarkan duit sebanyak RM30.00.  Itulah duit yang kita berdua ada. Masing-masing sudahpun pokai. Masa kita orang dulu, gaji yang pertama, paling kurang ambil masa tiga bulan. Makan pagi, kita orang tak kisah, boleh berhutang dengan tauke kantin, tapi bab makan malam, itu yang kita orang kena sediakan duit. Tak ada tempat untuk berhutang. Tapi alhamdulillah, kita orang sesak tidak lama. Hanya sempat berhutang beberapa ratus ringgit sahaja dengan beberapa pihak. Jadi bila dapat gaji, kita orang langsaikan semua.
Aku selalu bersama dengan dia untuk ke mana-mana. Maklum la, sahabat serumah aku yang dua orang lagi tu pantang hari jumaat, pasti balik kampung. Si Tamrin, balik ke kampungnya di Seri Menanti. Si Ahmad Fhadizal pulak balik ke kampungnya di Felda Kemasol, Triang, Pahang. Kampung dia orang dekat. Tak sama dengan aku dan Suhaimi, kampung aku di Kelantan dan Suhaimi pulak di Kedah. Jadi, aku dan dia sajalah yang bersama-sama bila hari cuti.

Tahun 1999, Suhaimi melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis yang bernama Norliza. Aku panggil dia Kak Liza. Cantik orangnya. Cikgu jugak. Bertuah Suhaimi mendapatnya. Bila dah berkahwin,  Suhaimi pindah rumah. dia menjadi orang pertama yang meninggalkan rumah bujang kami. Dia menyewa rumah kakitangan Felda. Masa berpindah, dia mungkin merajuk dengan aku kerana aku tidak menolong dia mengangkat barang-barangnya. Bukan apa sahabat, aku sebenarnya berasa sedih bila mana sahabat ingin berpindah. Maafla sahabat jika sahabat terasa hati pada ketika itu.

Kata orang, bila kita berkahwin, rezeki kita akan bertambah. Aku lihat begitulah keadaannya Suhaimi. Dia sudah dapat membeli kereta. Dia selalu mengajak aku yang keseorangan di rumah pada hujung minggu bersiar-siar. Itulah sahabat, susah bersama, senangpun bersama.
Pada tahun 2003, dia dan isterinya berpindah ke negeri Kedah. Seingat aku, sejak dia berpindah adalah dalam empat kali kami bertemu. Namun begitu, sahabat tetap di dalam hati ini.

Tamrin...

Dia ni tuan rumah. Maksud aku rumah tersebut nama dia. Jadi kita tiga orang ni menumpang di rumah dia la. Bulan-bulan kongsi bayar jumlah elaun rumah yang dia kena potong.
Tamrin ni orang Negori jati. Asalnya Seri Menanti. Orang lingkungan istana. Dia kalau bab mencari ikan sungai, serah je kat dia. Tangkap guna tangan je. Tak payah guna pukat ataupun jala.
Dengan Tamrin ni aku masih lagi berjumpa. Kekadang pergi memancing udang bersama.

Ahmad Fhadizal....

Dia ni, teman sebilik aku yang pertama. Kita orang panggil dia Mat. Masa aku sampai dia tak ada di rumah. Dia dengan Tamrin pergi bermain sepak takraw dengan peneroka. Dia tawarkan aku tidur sebilik dengan dia kerana biliknya agak besar. Aku tidur sebilik dengan dia adala dalam tiga bulan. Aku kesian kat katil dia, asyik patah. Mungkin tak tahan menampung berat kita orang berdua. Lepas aku dapat gaji, aku beli tilam dan sebilik dengan Suhaimi.

Si Mat ni, orangnya mudah je. Kalau nak buat sesuatu, dia buat. Kalau tak nak buat, dia biarkan saja. Dia berkahwin selepas Suhaimi. Isterinya cikgu, posting kat Bukit Serok. Selepas setahun berulang dari Bukit Serok, dia akhirnya berpindah dan mengajar di sana.
Walaupun dia dekat dengan aku, tapi kami jarang-jarang berjumpa. Semoga kau sentiasa selamat dan sejahtera di sana.

Cikgu Rujida dan Cikgu Rafeah...

Suami isteri ni.  Cikgu Rujida aku panggil Abang Jid dan isterinya aku panggil Kak Chik. Baik orangnya. Abang Jid ni adalah ilmu batinnya. Boleh la berubat sedikit sebanyak. Boleh nampak hantu ni. Kalau Kak Chik ni, lurus orangnya. Kalau berkias sikit dah tak faham. Kalau nak cakap apa-apa kat dia kena straight to the point.

28.7.09

Surat Penempatan

7 Januari 1998, aku mendapat surat. Aku dengan rasa terujanya membuka surat tersebut. Apa taknya, di sampul surat tersebut tertera lambang jabatan yang aku tunggu. Dengan rasa gembira aku membacanya.


Alhamdulillah, aku ditempatkan di Negeri Sembilan. Tapi tak pulak dinyatakan di sekolah mana aku kena mengajar. Keesokan harinya aku menelefon Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Aku dimaklumkan oleh pegawai yang menguruskan penempatan guru bahawa aku ditempatkan di SK Felda Palong 14, Gemas.

Aku mula berkira-kira, mana nak cari SK Felda Palong 14 ni. Gemas tu aku tahula kat mana. Aku ingat, aku naik je keretapi kemudian aku turun kat stesyen keretapi Gemas. Lepas tu aku ambil teksi suruh je pemandu teksi tu hantar aku ke SK Felda Palong 14.

Fikir punya fikir, aku teringat kawan semaktab aku dulu. Rita Kamal namanya. Aku cuba la telefon dia, nak bertanya macam mana nak ke SK Felda Palong 14. Nasib aku baiklah kiranya. Dia pulak tawarkan diri untuk menghantar aku ke sana. Dia jemput aku ke rumah dia dulu. Dari rumah, dia akan hantar ke SK Felda Palong 14. Aku setuju dengan cadangannya.

Jadi pada 15 Januari 1998, aku dengan membawa sebuah beg pakaian telah berangkat ke Negeri Sembilan. Aku pergi dengan menaiki keretapi. Aku turun di Stesyen Keretapi Bahau. Sampai di Bahau aku terus menelefon Rita Kamal. Maka dengan baik hatinya dia datang menjemput aku di Bahau. Jauh juga rumah dia dengan Bahau. Adala 20 minit menunggang motor. Aku di bawa ke rumahnya. Aku berehat sekejap di situ.

Rupa-rupanya kawan aku Syed Amran juga dalam perjalanan ke rumah Rita Kamal. Syed Amran ni kena posting di SK Dato Undang Abdullah, di Jelebu. Jadi dia juga nak minta tolong Rita Kamal tunjukkan tempatnya. Selepas berehat di rumah Rita Kamal, pada sebelah petangnya, dalam pukul 5.00 petang ayah Rita Kamal telah menghantar aku ke SK Felda Palong 14. Rita Kamal pulak pergi menunjukkan tempat untuk Syed Amran. Dari rumah Rita Kamal ke SK Felda Palong 14 mengambil masa lebih kurang satu jam. Terima kasih pakcik Abdullah atas budi pakcik pada saya. Jasa Rita dan pakcik sekeluarga tidak akan saya lupakan.

Sampai di SK Felda Palong 14 aku terus dibawa ke rumah guru. Nasib baik ada rumah guru bujang. Jadi aku dudukla di situ. Aku disambut oleh seorang guru yang aku ingatkan guru lama, rupanya baru nak melapor diri macam aku gak. Suhaimi nama dia. Tinggi, besar dan ..... macam aku gak. Cuma aku rendah sikit dari dia.

Selain Suhaimi, kat rumah tu ada Cikgu Tamrin dan Cikgu Ahmad Fhadizal. Dia orang ni cikgu senior kat situ.

Ok... cukup kat sini dulu... lain kali aku sambung lagi.

Menunggu Penempatan

1998
Aku dah tamat kursus perguruan hampir dua bulan. Aku tertunggu-tunggu bila surat penempatan aku nak sampai. Aku dah mula risau, kut tersangkut penempatan aku macam senior-senior aku yang tersangkut penempatan mereka sampai tiga hingga enam bulan. Namun begitu aku tetap sabar menunggu. Sambil itu dapat gak aku cari duit sikit untuk buat bekalan posting nanti.


Aku kembali bekerja di kedai hardware, tempat di mana aku bekerja sebelum aku masuk maktab dulu. Aku kembali bermain dengan barang-barang besi. Angkat simen, tarik batang keluli, susun barang, cari barang dan macam-macam lagi. Aku seronok jugak kerja dekat situ, ramai pelanggan dapat aku kenal. Dapat la belajar macam mana nak layan bermacam jenis orang. Kena senyum walaupun penat bila pelanggan datang. Kena sabar bila pelanggan marah-marah. Bersabar dengan tauke. Tapi tauke tempat aku kerja tu baik, tak marah-marah. Cuma terasa jugak hati aku, bila aku nak berhenti takdanya diberi saguhati. Diberi gaji je. Tapi ok la.. Bulan akhir aku kerja dia bagi gaji penuh walaupun aku kerja tak sampai dua minggu.

Aku akhirnya berhenti kerja bila aku dapat surat penempatan. Terima kasih kepada semua kekawan dan tauke tempat aku kerja tu. Banyak pengalaman berguna aku perolehi dari kalian.