Alhamdulillah, aku ditempatkan di Negeri Sembilan. Tapi tak pulak dinyatakan di sekolah mana aku kena mengajar. Keesokan harinya aku menelefon Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Aku dimaklumkan oleh pegawai yang menguruskan penempatan guru bahawa aku ditempatkan di SK Felda Palong 14, Gemas.
Aku mula berkira-kira, mana nak cari SK Felda Palong 14 ni. Gemas tu aku tahula kat mana. Aku ingat, aku naik je keretapi kemudian aku turun kat stesyen keretapi Gemas. Lepas tu aku ambil teksi suruh je pemandu teksi tu hantar aku ke SK Felda Palong 14.
Fikir punya fikir, aku teringat kawan semaktab aku dulu. Rita Kamal namanya. Aku cuba la telefon dia, nak bertanya macam mana nak ke SK Felda Palong 14. Nasib aku baiklah kiranya. Dia pulak tawarkan diri untuk menghantar aku ke sana. Dia jemput aku ke rumah dia dulu. Dari rumah, dia akan hantar ke SK Felda Palong 14. Aku setuju dengan cadangannya.
Jadi pada 15 Januari 1998, aku dengan membawa sebuah beg pakaian telah berangkat ke Negeri Sembilan. Aku pergi dengan menaiki keretapi. Aku turun di Stesyen Keretapi Bahau. Sampai di Bahau aku terus menelefon Rita Kamal. Maka dengan baik hatinya dia datang menjemput aku di Bahau. Jauh juga rumah dia dengan Bahau. Adala 20 minit menunggang motor. Aku di bawa ke rumahnya. Aku berehat sekejap di situ.
Rupa-rupanya kawan aku Syed Amran juga dalam perjalanan ke rumah Rita Kamal. Syed Amran ni kena posting di SK Dato Undang Abdullah, di Jelebu. Jadi dia juga nak minta tolong Rita Kamal tunjukkan tempatnya. Selepas berehat di rumah Rita Kamal, pada sebelah petangnya, dalam pukul 5.00 petang ayah Rita Kamal telah menghantar aku ke SK Felda Palong 14. Rita Kamal pulak pergi menunjukkan tempat untuk Syed Amran. Dari rumah Rita Kamal ke SK Felda Palong 14 mengambil masa lebih kurang satu jam. Terima kasih pakcik Abdullah atas budi pakcik pada saya. Jasa Rita dan pakcik sekeluarga tidak akan saya lupakan.
Sampai di SK Felda Palong 14 aku terus dibawa ke rumah guru. Nasib baik ada rumah guru bujang. Jadi aku dudukla di situ. Aku disambut oleh seorang guru yang aku ingatkan guru lama, rupanya baru nak melapor diri macam aku gak. Suhaimi nama dia. Tinggi, besar dan ..... macam aku gak. Cuma aku rendah sikit dari dia.
Selain Suhaimi, kat rumah tu ada Cikgu Tamrin dan Cikgu Ahmad Fhadizal. Dia orang ni cikgu senior kat situ.
Ok... cukup kat sini dulu... lain kali aku sambung lagi.