Subscribe:

Pages

7.3.10

Salam Untuk Semua

Tahun 2010 telah dua bulan berlalu. Hanya kini aku berkesempatan untuk mencoret kembali di halaman ini. Bukan dilupakan tetapi masa yang tidak mengizinkan. Keinginan untuk membuat coretan juga tidak sekuat mana.

Tahun ini aku telah kembali ke Kelantan. Aku kini mengajar di Kelantan, di Sekolah Kebangsaan Chiku 7. Kiranya aku ini masih belum dapat berpisah dengan anak-anak Felda kerana SK Chiku 7 ini juga merupakan sekolah yang berada dalam rancangan Felda.

Setelah kembali ke Kelantan, aku berasa tidaklah ada bezanya dengan keadaan semasa aku di Negeri Sembilan. Mungkin kerana aku masih lagi dalam suasana Felda. Cuma kini aku berada dekat dengan keluarga. Kini aku boleh menjenguk orang tuaku dan juga mertuaku seminggu sekali. Kalau dulu aku kena menunggu cuti panjang, baru boleh pulang ke kampung. Kalau tak cuti panjang, ada hal mustahak barulah aku pulang menziarahi orang tua di kampung.

Cukup setakat inilah dulu. Lain kali aku sambung lagi. Salam...