Maka membesarlah aku di sana. Membesar bersama-sama adik-adik aku seramai tujuh orang. Tahun 1981 aku mula bersekolah. aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Satu-satunya sekolah rendah yang ada di pekan Gua Musang pada masa itu. Ada la sekejap aku dibawa merantau oleh keluarga aku ke Maran, Pahang. Sempat jugak aku bersekolah di SK Maran selama dua tahun. Dari tahun 1983 hingga tahun 1984. Darjah 3 dan 4 di sana. Selebihnya aku bersekolah di SK Gua Musang.
Naik ke tingkatan 1, aku bersekolah di Sekolah Menengah Gua Musang. Dah arwah dah nama tu. Kini nama Sekolah Menengah Gua Musang telah ditukar kepada SMK Tengku Indra Petra. Ramai rakan baru aku kenali di sini. Murid-murid dari semua sekolah rendah dalam jajahah Gua Musang datang bersekolah di SM Gua Musang. Maklumlah pada masa itu SM Gua Musang merupakan satu-satunya sekolah menengah yang ada di jajahan Gua Musang. Jadi ramailah aku kenal rakan-rakan dari semua tempat dalam jajahan Gua Musang. Ada dari Renok Baru. Dari Sungai Asap, Chiku, Paloh, Perasu, Aring dan banyak lagi tempat dalam jajahan Gua Musang ini. Berbanding dengan sekarang, telah banyak sekolah menengah yang ada di jajahan Gua Musang.
Masuk tingkatan 6, aku bersekolah di SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai. Di sini juga aku mendapat ramai kenalan yang baru. Belajar dua tahun, dapatlah Sijil STPM. Cukuplah untuk aku memohon masuk ke maktab perguruan.
Aku diterima masuk ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) pada Mei 1995. Macam rusa masuk kampung la jugak aku awalnya. Maklumlah pemastautin kawasan jin bertendang. Tapi takde hal lah. Aku ni orang yang mesra alam, dengan mudah dan cepat aku dapat menyesuaikan diri.
Maka aku berkuliahlah. Pejam celik, pejam celik, aku dah kena keluar praktikum. Semester ke-3, tahun 1996.
Praktikum pertama aku di SK Permas Jaya. Inilah pertama kali murid bagi salam kepada aku sebagai seorang guru. 'Assalamualaikum cikgu', aku tersenyum lebar bila mendengar salam tersebut. Dah jadi cikgu rupanya aku. Cikgu-cikgu di sini baik-baik belaka. Kerjasama yang diberikan cukup memuaskan. Murid-muridnya pula walaupun berbilang kaum aman dan harmoni. Saling bekerjasama. Terima kasih aku ucapkan kepada semua. Terutamanya kepada cikgu Nordin dan geng serumah. Kebaikan cikgu semua saya akan kenang sehingga ke mati. Geng-geng praktikum, mana kalian semua? Dah lama tak dengar berita. Kecuali seorang, Anuar Mat. Dia ni ada hubungi aku baru-baru ni. Maaf la Nuar aku belum sempat untuk pergi melawat engkau. Pada cikgu Hanisah (kak Sah) aku sentiasa mengingati mu.
Dah tamat praktikum pertama, aku kembali semula ke maktab. Sambung kuliah. Masalahnya, aku tak boleh tinggal di asrama. Bilik penuh. Terpaksa la aku menyewa ramai-ramai dengan kawan-kawan. Tinggal serumah dengan guru pelatih Maktab Perguruan Dato Mohd Khalid (MPMK) dah arwah dah maktab ni. Selama tiga bulan aku tinggal di rumah sewa tersebut. Seksa jugak. Terpaksa menyusahkan kekawan. Maklumlah aku tiada kenderaan sendiri. Terpaksa menenggek kawan aku yang baik hati Syed Amran. Terima kasih gu. Jasa mu ku kenang. Peristiwa menyayat hati semasa tinggal di rumah sewa tersebut adalah bila dua orang rakan aku yang sama menyewa di rumah itu, meninggal selepas terbabit dengan kemalangan. Seluruh warga MPTI dan MPMK bersedih dengan pemergian mereka berdua. Alfatihah untuk mereka.
Masuk semester ke-4, aku dah boleh tinggal semula di asrama. Lega rasanya tak perlu menyusahkan kekawan lagi. Aku duduk semula di asrama dengan rakan sebilik aku dari semester pertama lagi iaitu Mohd Faisal Saidan. Terima kasih kawan kerana sudi melayan kerenah aku. Masuk semester ke-5, aku dan kekawan keluar semula untuk praktikum ke-2 dan terakhir. Kali ini aku kena berpraktikum di SK Felda Cahaya Baru, Masai. Hari pertama lapor diri dah diperdajal dek guru-guru senior. Tapi tak apa. Perdajal korang semua menjadikan kita rapat dan mesra. Terima kasih rakan serumah sewa, Ismail, Zaini dan Rozhan. Budi baik kalian juga akan aku kenang. Kalau ada kesempatan akan aku cari kalian semua. Sesungguhnya nama dah rupa kalian tersemak di kepala hotak aku ini.
Habis satu semester aku berpraktikum, aku kembali semula ke maktab. Ikuti pulak kuliah SSB. Alhamdulillah lulus. Dan akhir November 1997 aku tamat belajar. Kini aku sudah mempunyai kelayakan untuk mengajar.
Kini aku menunggu untuk dipostingkan. Akibat kegawatan ekonomi pada masa itu, aku adalah salah seorang yang terlewat untuk berposting. Namun akhirnya, aku dipostingkan jugak di sebuah sekolah yang bernama SK Felda Palong 14 pada 16 Februari 2008. Maka bermulalah hikayat aku sebagai seorang guru
Begitulah catatan ringkas tentang aku sebelum bergelar guru, yang murid-murid panggil cikgu. Kalau ada kesempatan aku akan ceriterakan secara panjang lebar cerita-cerita di atas.
... Sekian... Jumpa lagi...